INFORMASI SEMASA :LAMAN INI BERTUJUAN UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MEMAPARKAN GAMBAR-GAMBAR YG. BERSIFAT PERIBADI... ATAU MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK...

Tuesday, 11 June 2013

Azan dan Iqamah

AZAN DAN IQAMAT

Definisi Azan

Dari segi bahasa azan pada istilah bahasa ialah ‘memberitahu atau iklan. Dari segi syarak ialah perkataan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.

Definisi iqamat

Dari sudut bahasa ialah berdiri. Dari segi istilah, membangunkan orang yang hadir untuk melakukan solat dengan kalimat-kalimat tertentu. Iqamat ialah lafaz yang yang menunjukkan bahawa solat akan dimulai. Lafaznya sama dengan azan namun ia hanya diucapkan sekali sahaja kecuali ditambah di antara “Hayya ‘ala falah” dan “Allahu Akhbar Allaahu Akhbar” dengan kalimah “Qad qaamatish shalah” (2x)

Dalil disyariatkan azan berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Dalil Al-Quran, firman Allah Taala yang bermaksud :

“Apabila kamu diseru untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan jual beli”. (Al-Jumuah : 9)

Dalil As-Sunnah, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Apabila tiba waktu sembahyang maka salah seorang daripada kamu hendaklah melaungkan azan dan orang paling tua di kalangan kamu hendaklah menjadi Imam kepada kamu”. (Al-Bukhari (602) dan Muslim (674).

Azan telah disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Al-Bukhari (579) dan Muslim (377) telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya :

“Ketika orang-orang Islam datng ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari mereka berbincang mengenainya. Berkata sebahagian dari mereka : Gunakan loceng seperti loceng orang Nasrani. Sebahagian yang lain berkata : Gunakan ceropong seperti tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. Lalu Umar r.a. berkata : Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang bangun menyeru untuk sembahyang. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : “Wahai Bilal, bangun dan serulah untuk sembahyang”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...