INFORMASI SEMASA :LAMAN INI BERTUJUAN UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MEMAPARKAN GAMBAR-GAMBAR YG. BERSIFAT PERIBADI... ATAU MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK...

Monday 22 July 2013

Cara Solat Sunat Hari Raya | Tahun 6

Cara solat sunat hari raya




Rakaat pertama :
Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua :
Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.




Solat Sunat Hari Raya | Tahun 6

HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.


NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.


NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILADHA
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

Usalli sunnatan Aidil Adha rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebanyak dua rakaat pada Hari Raya Aidil Fitri, atau Hari Raya AidilAdha dengan cara berjemaah.

Kempen Iklim Dinie SK Seri Bayu




Sunday 14 July 2013

Rahsia Tomakninah Dalam Solat

Menjawab persoalan tentang mengapa perlunya Tomakninah Dalam Solat

Para Pelajar Ustaz... Sila Baca yer...


RUKUN SOLAT | TAHUN 4 DINAMIK

link dibawah dapat membantu murid-murid sekalian untuk memahami dan membuaat ulangkaji tentang rukun solat

http://www.zakatsel.com.my/baru/ibadah/rukunsolat.asp


Wednesday 19 June 2013

5 DINAMIK : SOLAT BERJEMAAH

KEDUDUKAN SOLAT BERJEMAAH

Gambar ini mungkin dapat membantu anak-anak murid ustaz untuk memahami posisi sebenar kedudukan imam dan makmum ketika solat secara berjamaah..

Tuesday 11 June 2013

6 Budiman : Ibadat | Perkara Yang Membatalkan Puasa

Tajuk pembelajaran hari ini : Perkara Yang Membatalkan Puasa



TAHUN 4 DINAMIK : TILAWAH AL-QURAN

MARI MEMBACA DAN MENGHAFAZ AYAT DARI SURAH AL-BAYYINAH


Tugasan :
Sila salin surah Al-Bayyinah dan hafaz surah tersebut dengan lancar

Ujian lisan akan diadakan pada sesi pembelajaran yang akan datang

Tahukah anda apakah lafaz azan dan iqamah?


Tugasan :
Sila salin lafaz azan dan Iqamah dengan lengkap dan betul. Anda juga boleh menggunakan kemudahan teknologi iaitu mesin pencetak (printer) untuk mencetak lafaz azan dan Iqamah.

Pada sesi pembelajaran yang akan datang, semua murid akan diuji cara melafazkan azan dengan betul. Diharap murid dapat membuat persediaan dengan sebaiknya...

Selamat belajar dan beramal...

Azan dan Iqamah

AZAN DAN IQAMAT

Definisi Azan

Dari segi bahasa azan pada istilah bahasa ialah ‘memberitahu atau iklan. Dari segi syarak ialah perkataan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.

Definisi iqamat

Dari sudut bahasa ialah berdiri. Dari segi istilah, membangunkan orang yang hadir untuk melakukan solat dengan kalimat-kalimat tertentu. Iqamat ialah lafaz yang yang menunjukkan bahawa solat akan dimulai. Lafaznya sama dengan azan namun ia hanya diucapkan sekali sahaja kecuali ditambah di antara “Hayya ‘ala falah” dan “Allahu Akhbar Allaahu Akhbar” dengan kalimah “Qad qaamatish shalah” (2x)

Dalil disyariatkan azan berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Dalil Al-Quran, firman Allah Taala yang bermaksud :

“Apabila kamu diseru untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan jual beli”. (Al-Jumuah : 9)

Dalil As-Sunnah, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Apabila tiba waktu sembahyang maka salah seorang daripada kamu hendaklah melaungkan azan dan orang paling tua di kalangan kamu hendaklah menjadi Imam kepada kamu”. (Al-Bukhari (602) dan Muslim (674).

Azan telah disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Al-Bukhari (579) dan Muslim (377) telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya :

“Ketika orang-orang Islam datng ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari mereka berbincang mengenainya. Berkata sebahagian dari mereka : Gunakan loceng seperti loceng orang Nasrani. Sebahagian yang lain berkata : Gunakan ceropong seperti tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. Lalu Umar r.a. berkata : Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang bangun menyeru untuk sembahyang. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : “Wahai Bilal, bangun dan serulah untuk sembahyang”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...