INFORMASI SEMASA :LAMAN INI BERTUJUAN UNTUK PENDIDIKAN SAHAJA DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MEMAPARKAN GAMBAR-GAMBAR YG. BERSIFAT PERIBADI... ATAU MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK...

Monday 19 September 2011

SEKAPUR SIREH

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...
Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan yang menguasai seluruh alam semesta serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya membina satu laman blog yang pastinya dengan tujuan dan matlamat untuk berkongsi bahan dengan rakan guru Pendidikan Islam dan memberi peluang kepada para pelajar mencari bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam dalam suasana pembelajaran secara maya serta berkongsi ilmu dan bahan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah khususnya pelajar-pelajar saya di SJKC Shang Wu, Pulau Pinang.
Mudah- mudahan Segala hasil usaha yang baik itu akan diberikan ganjaran yang sebaik mungkin oleh Allah s.w.t demi memartabatkan dan memperkasa Pendidikan Islam di kalangan murid-murid sekolah. Seterusnya dapat menarik minat murid untuk lebih menumpukan perhatian dan minat kepada Pendidikan Agama Islam.
Kepada semua pihak yang melayari blog saya ini, saya ucapkan jutaan terima kasih dan gunakanlah apa sahaja bahan yang ana sediakan. semoga dapat membantu meringankan beban anda semua untuk menyediakan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Harapan saya agar laman web ini mampu memberi manfaat yang terbaik kepada anda semua. Memandangkan pembinaan blog interaktif masih lagi di peringkat permulaan sebarang cadangan dan idea dari anda sangat dialu-alukan. Semoga usaha kecil ini berupaya meningkatkan minat pelajar mempelajari subjek Pendidikan Islam, menambahbaik prestasi Pendidikan Islam di sekolah serta mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...